Award & Appreciation Nite 2019 MB Speech Text

JOE 3028

 

Speech Text by YAB. Hj Aminuddin Harun,

Menteri Besar

Negeri Sembilan Darul Khusus

Salutations:

YB Tn Cha Kee Chin, Ahli Parliament Kawasan Rasah

YB Tn Teo Kok Seong, Exco & ADUN Bahau

Yang Berusaha Ir Dr Oh Seong Por, Pengerusi, IEMNS

Ir Ong Ching Loon, Timbalan President, IEM

Y Bhg Dato Seri Ir Dr Roslan bin Md Taha, Bekas President BEM

Dato-Dato dan Datin-Datin

Ahli – ahli IEMNS

Para Media

Dan para hadirin yang dihormati

Kandungan Ucapan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Ir Dr Oh Seong Por, Pengerusi Institusi Jurutera Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan atau IEMNS kerana menjemput saya ke Majlis Anugerah dan Makan Malam 2019. Tahniah kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa kerana berjaya mengadakan majlis meriah ini di Negeri yang penuh dengan adat. Juga salam Hari Raya Aidlfitri kepada hadirin semua.

Saya amat tertarik melihat IEMNS terus maju semenjak penubuhannya pada tahun 1993 dengan bilangan ahli semakin bertambah sehingga kini menghampiri 2000 orang. Bagi pihak kerajaan, ini adalah satu penanda yang baik kerana kepakaran jurutera sangat diperlukan untuk merealisasikan Projek Pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 atau MVV 2.0 yang telah dilancarkan pada 13hb Disember 2018. MVV 2.0 merupakan inisiatif pembangunan awam-swasta yang dijangka menjadi metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih, Pembangunan MVV 2.0 boleh memacukan ekonomi melalui kemasukan pelaburan tempatan dan asing serta mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan komersial. Pembangunan MVV 2.0 yang merangkumi Daerah Seremban, Port Dickson dan Nilai meliputi keluasan 153,411 hektar tanah, Ia merupakan satu mega projek dibawah Rancangan Struktur Negeri atau RSN yang bertujuan untuk menempatkan Seremban, Port Dickson dan Nilai sebagai sambungan kepada Greater Kuala Lumpur.

Penyediaan rancangan bagi pembangunan MVV 2.0 adalah bersifat inklusif dimana kominiti setempat atau stakeholder diberi peluang untuk memberi pandangan dan maklumbalas tentang projek-projek yang akan dilaksanakan. Berbagai projek perumahan, tapak komersial dan zon perindustrian berteknologi hijau yang tinggi telah dikenalpasti untuk dibangunkan di MVV 2.0. Infra struktur sokongan seperti jalinan jalanraya dan sistem keretapi laju juga akan didirikan atau diperkembangkan. Di sinilah, jurutera perlu memainkan peranan penting dari segi merancang, merekabentuk, membina dan menyelia kesemua aktiviti pembangunan tersebut agar objektif MVV 2.0 dan kesejahteraan komuniti tercapai. IEMNS khususnya dengan ahli jurutera profesional yang berkaliber boleh memberi khidmat nasihat atau latihan kepada pihak awam dan swasta mengenai projek berasaskan kejuruteraan. Di samping itu, penglibatan pemaju, usahawan, kontraktor dan para industri juga tidak kurang penting untuk sama- sama menjayakan pembangunan MVV 2.0. Saya yakin kita mempunyai kepakaran dan sumber yang mencukupi untuk pembangunan MVV 2.0. Cuma yang perlu dititikberatkan ialah perancangan, pengurusan dan pemantauan projek yang bersih, tulus dan cekap.

Saya berasa gembira apabila mendengar ucapan pengerusi bahawa IEMNS untuk tempoh setahun ini telah menyusun pelbagai program seperti lawatan teknikal dan seminar untuk memperluaskan pengetahuaan ahli-ahli serta rakan-rakan. Usaha amal IEMNS didalam mempromosikan pengetahuan dan ilmu Science, Technology, Engineering dan Mathematic atau STEM kepada pelajar-pelajar sekolah amat dialu-alukan. Penyertaan IEMNS selaku “learned society” didalam aktiviti kemasyarakatan memang sejajar dengan hasrat kerajaaan untuk meningkatkan tahap serta memupuk minat terhadap sains and matematik di kalangan rakyat khasnya generasi muda. Saya berharap IEMNS dapat meneruskan usaha murni ini. Pihak kerajaan negeri akan memberi sokongan dan kerjasama yang diperlukan.

Memang tidak dapat dinafikan, ilmu sains dan matematik ialah teras untuk menguasai teknologi digital yang sedang memacu industri 4.0. Penggunaan Internet of Thing (IoT), Artificial Intelligence (AI), dan automatis pintar yang semakin berleluasa di berbagai sektor khususnya pembuatan dan komersial memerlukan sumber tenaga teknikal yang arif tentang teknologi digital ini. Sekali lagi, jurutera perlu membina diri dengan pengetahuan teknologi digital dan bersedia untuk menyahut cabaran industri 4.0. Berbagai aplikasi digital sedang dan akan mempengaruhi cara hidup dan cara kerja. Jadi persediaan awal dan rapi adalah penting.

Saya gembira melihat para hadiri di majlis bukan sahaja terdiri dari ahli Institusi Jurutera Malaysia Negeri Sembilan, tetapi juga dari pemaju, kontraktor, para akademik dan industri. Bahkan juga Pengerusi dan wakil Institusi Jurutera Malaysia dari Cawangan Pulau Pinang, Perak, Melaka, Kelantan, Sarawak dan Southern juga turut menghadiri majlis ini. Selamat Datang ke Negeri Sembilan dan semoga anda menimpa pengalaman yang manis ketika berada di sini. Majlis yang bersifat inklusif ini patut dipuji kerana ia boleh mengeratkan kerjasama di kalangan hadirin dari berbagai sektor.

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah yang akan dikurniakan oleh IEM dan IEMNS. Diharap anugerah ini dapat mendorong anda untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan. Akhirnya kata, selamat maju jaya kepada semua. Sekian terima kasih.    

Site Login

Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Facebook

Facebook Image

Visitors Counter

7937329
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
59
7843
44532
7828349
157192
320373
7937329

22-12-2024 00:36:10